![]() 26 y/o , 10 April 95 Be a good person but don't waste time to prove it Bachelor's Degree of Science (Hons.) Biology ❤ A husband to Athirah Izzati Azizi ❤ Blog owner: MIM Template: Denim and Coding Best View: Google Chrome ![]() |
PENGALAMAN TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41/42 (GURU MARA) 2021
Sunday, 21 March 2021 | 07:08 |
![]() Assalamualaikum para tetamu. Bertemu lagi kita beberapa tahun sekali. This time aku nak cerita about temuduga pulak. Sebelum ni pun aku ada temuduga jugak untuk Pegawai Sains C41 under UiTM but nanti la aku buat entry asing kalau rajin. 3 tahun akan datang pulak la kot noh 😆 Pada 16 Jan 2021 di kala matahari menyinar 90 darjah lebih-2 sikit, aku dapat SMS yg mengatakan aku perlu ambil ujian online pada 19 Jan 2021. Disebabkan jawatan ni di bawah MARA, so ujian tu memfokuskan tentang general knowledge(aras tinggi), tentang MARA & pendidikan. Tapi boleh kata banyak general knowledge la. Hang memang akan kalut menggelupoq bewak la sikit time tu. Kemudian pada 9 Mac 2021 ketika burung-2 sedang pulang ke sangkar, aku dapat pulak SMS yg mengatakan kena hadir interview MAC (MARA Assessment Centre). Bila aku check melalui link yg dia bagi, MAC tersebut akan diadakan di Lenggong, Perak pada 17 Mac 2021. Apalagi tuan-2 puan-2, menggelupoq lagi sekali buat planning & preparation. Disebabkan aku drp Langkawi, agak kalut la jugak kena call sana sini untuk persiapan perjalanan nnt disamping tengah kerja.
Berbaki lagi seminggu, aku kena siapkan beberapa perkara. Antaranya kena pi balai polis untuk dapatkan pengesahan rentas negeri dan cop pengesahan semua salinan, book Roro & hotel, buat ABM dan RPH, jawab Ujian Psikometrik, tempah nametag, isi borang-2 yg berjela tu (standard la kan), buat gambaq passport sebab perlu 7 keping untuk MAC ni, study and hafal benda2 yg berkaitan untuk iv nanti and etc. Agak terciduk gak la ambe tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar berkat pertolongan isteri tercintaku, family dan rakan sekerjaku. Speaking of Ujian Psikometrik, batch aku jawab ujian ni secara online pada tarikh yg telah ditetapkan. Ujian ni just fokus kepada soalan-2 tentang karakter diri kita. Calon perlu jawab dengan jujur sebab ujian ni dicipta untuk detect kalau kita tipu. Misalnya akan ada soalan-soalan sama yg berulang tapi ayat diubah sedikit. Tp tips paling penting from me for this kind of test is, be consistent. Untuk batch-2 sebelum ni Ujian Psikometrik dan Ujian Kecergasan di buat di tempat temuduga. Tapi untuk batch aku Ujian Psikometrik perlu dijawab secara online dan tiada Ujian Kecergasan at all. Maybe sebab situasi Covid-19 yg masih tak pulih so MARA ambik keputusan untuk tak buat Ujian Kecergasan. Maybe la kan, who knows. Panjang-2 aku berleter, tak cerita apa pun lagi kan pasal jawatan untuk iv aku nanti. Haiz Iqbal Iqbal. Jawatan yg aku dapat untuk iv ni adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/42, subjek Biologi sesuai dgn my degree. Jawatan ni senang kata cikgu MARA la. Calon akan ditempatkan antara MRSM atau Kolej-2 MARA bergantung kepada kekosongan & subjek. At first aku rasa mcm tak mau pi sebab jauh dan bila rentas laut jarak perjalanan tu dia jadi extra ultra supra jauh 😪 Tapi setelah pujukan bini & pertimbangan mendalam, aku decide untuk hadir temuduga tu. Well better to take the chance, right? Kalau kita dok apply jawatan kerajaan tapi asyik nak reject interview, sampai bila-bila pun tak bergerak. Yang penting usaha & berikan yg terbaik. Bab rezeki kita serah sepenuhnya kepada Allah Taala. Disebabkan dalam borang-2 tu dia sebut iv bermula 7 pagi dan berkemungkinan sampai ke malam, jadi aku decide untuk bertolak ke Lenggong 16 Mac dan balik Langkawi pada 18 Mac. Setelah aku buat perbandingan jadual feri, roro & etc, aku putuskan untuk naik roro atas beberapa sebab. Bini tak tinggal ye tuan-2 dan puan-2. Since beliau dah bergelar Mama ni, kalau boleh 24 jam nak ada dekat tepi. Apa-2 jadi senang Mr Papa can do anything on the spot.
Kami sampai jeti kuala perlis dalam pukul 12.15pm and sampai hotel dekat Kuala Kangsar pukul 7.10pm mcm tu. Ambik masa sikit sebab singgah makan dekat Amanjaya SP, beli brg2 dkt Hasani bookstore, singgah beli makan bungkus and ambik name tag. Aku menginap dekat PZ Hotel. Memang puas hati sangat. Aku boleh kata hotel paling bersih la yg aku pernah jejak. Takda habuk langsung. Keluasan pulak okay la, selesa la untuk 2 org. Ni bukan iklan berbayar ye aku tak cukup femes pun untuk terima paid review 😂 Overall, aku boleh suggest la kepada tuan-2 dan puan-2 yg akan interview lagi dekat KKTM Lenggong nanti. Sebab tiap-2 tahun MARA buat MAC, banyak kali jugak la aku tengok MARA buat dekat KKTM Lenggong. Btw PZ Hotel ni 30-40 minit jugak la nak ke KKTM Lenggong so make sure bertolak awal.
Keesokannya, aku bangun seawal 3 pagi. Hafal-2 sikit lagi apa patut and bersiap-2. Aku bertolak and sampai KKTM Lenggong pukul 6.30 pagi. Gate bukak pukul 7 pagi so kereta kena lepak la dulu dekat luar pagar. Surau ada ja dekat sangat dengan main gate tu, parking ja tepi tu takdak siapa marah (sbb pak gad yg suruh). Dah bukak gate, masuk ikut laluan yg ditunjuk oleh security-2 situ and parking ditempat yg disediakan. Aku boleh puji la pengurusan pihak MARA dan KKTM Lenggong sebab takda masalah parking langsung. Tempat parking banyak dan ada padang lapang jugak untuk parking. Sesetengah tempat iv, parking la masalah utama. At KKTM Lenggong ni even dah pukul 12pm pun aku tengok padang tempat parking tu still ada byk kosong. Syabas MARA & KKTM Lenggong 👍 Sejurus sampai, calon kena terus masuk dewan. Eh? Mcm lupa something pulak kan. Of course la scan MySejahtera & check suhu dulu 😂 tidak melayang la fulus. Then ambik no giliran kemudian beratur untuk tanda kehadiran, baru masuk dewan. Dalam dewan, pihak pengurusan MAC akan bagi taklimat dulu dan pecahkan calon kepada kumpulan yg mana setiap kumpulan tu akan ada 5 orang. Penetapan calon ke dlm satu-2 kumpulan tu berdasarkan nombor giliran kita. Aku dapat No 138, so dlm kumpulan aku ada calon No 136 sampai No 140. Untuk menjimatkan masa, pihak pengurusan akan bahagi kumpulan mana yg pi microteaching dulu dan kumpulan mana yg pi interview dulu. Pada sesi taklimat tu jugak, pihak pengurusan revealed sedikit info untuk pengambilan batch kalini. Permohonan diterima : 80,000 orang Dipanggil Ujian Bertulis : 16,000 orang Ambil Ujian : 14,400 orang Dipanggil Menghadiri MAC : 1,550 orang Kekosongan dari Pelbagai Subjek : 175 orang Kekosongan untuk subjek Biologi : 5 orang Terkejut kan dengan angka-2 tu 😵 Well aku pun terkejut wey. Tp like I said, kalau kita tak cuba, sampai bila-2 pun kita tak bergerak. Yes kekosongan amat lah terhad, but that doesn't mean we don't have to give our best. Lepas taklimat, bermulalah assessment yg ditunggu-2.
Pada tarikh interview ni, ada 2 ujian yg calon perlu duduki. 1. Interview Interview ni akan dijalankan dengan kumpulan kita tadi. 5 org akan masuk serentak. Panel akan tanya soalan dan calon perlu jawab mengikut giliran sama ada dari paling kanan ke paling kiri atau sebaliknya atau random, semua bergantung kpd panel (group aku tiga-2 kena). Soalan-2 yg diajukan kpd setiap calon tak semestinya sama sebab bergantung kepada panel. Tp soalan-2 yg diajukan kpd kumpulan kami adalah
And ada la lagi soalan sikit-2 yg lebih kpd santai-2. Overall sesi ni berlangsung dlm 45 minit. Aku dipanggil untuk interview dulu baru microteaching. 2. Microteaching/Mock Teaching Dalam kata lain, mengajar olok-2 selama 10 minit, topik bebas. Penyampaian adalah amat digalakkan in full english untuk subjek-subjek sains. Dalam kelas tu akan ada beberapa orang panel (in my case, 2 org) untuk menilai kemahiran kita mengajar. Tips-2 yg aku boleh simpulkan (drp pengalaman-2 org lain dari Encik Google) ialah;
Masuk-2 kelas Microteaching & at the time aku serah RPH and lekatkan jantung tu, Alhamdulillah panel puji dan siap tanya "you really don't have education background?" and soalan yg sama lagi sekali dia tnya lepas aku dah habis mengajar and at the end of sesi soalan. Alhamdulillah. Apa-2 pun hanya dengan pujian sedikit ni tak semestinya membuatkan kita terus lulus kan. Masih banyak elemen-2 lain yg panel perlu nilai. And like I said, rezeki di tangan Allah. Bagi calon lepasan IPG atau course pendidikan, depa memang dah faham apa itu ABM, RPH, DPL dan lain-2. Tapi bagi calon yg bukan dari education course mcm aku ni, perlu dig lebih la sikit tentang semua ni. Setelah dah selesai semuanya, aku pun balik hotel. Keesokannya sesudah subuh kami bertolak balik. Sampai Perlis awai sikit dalam pukul 10.30 pagi mcm tu. Apa lagi lajak pi Cmart dulu. Rindu wey 😢 Dulu time degree dkt Arau, Cmart ja la supermarket yg ada. Giant jauh sikit so jarang pi. Kalau nak bg nickname dkt bangunan-2 dlm Arau ni, Cmart ni dah mcm bapak aku dah 😂 then after jalan-2 tu, kami keluaq and singgah Yasmeen mentar. Pada wajah bini aku boleh nampak Nur yg amat memancar. Mana taknya mengidam nasi kandaq Yasmeen dari baby dlm bentuk Embryo lagi. Nasi kandaq lain tak sama dengan nasi kandaq Yasmeen katanya.
Kami naik Roro pukul 2 ptg dan sampai Langkawi dlm pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan kami. Akhir kalam. Semoga Allah tentukan yang terbaik buatku. Dlm aku cerita ni memang ada part-2 panel puji sikit-2 tp kita still tak boleh nak predict apa-2. Kelebihan kita memang la depa sebut tp kelemahan kita maybe ada jugak cuma depa tak disebut. So apa-2 pun tawakal dan berserah kpd Allah. Janji kita dah usaha dan buat yg terbaik. Okay guys jumpa lagi di episod yg akan datang kalau ada umur yg panjang & kalau aku rajin 😁 Any question you can just email me at iqbalmohammad64@yahoo.com , okay? . Assalamualaikum & see you 😼 6 comment(s) |