![]() 26 y/o , 10 April 95 Be a good person but don't waste time to prove it Bachelor's Degree of Science (Hons.) Biology ❤ A husband to Athirah Izzati Azizi ❤ Blog owner: MIM Template: Denim and Coding Best View: Google Chrome ![]() |
MASALAH DI ALAM UNIVERSITI (student skolah/matrik/poli pun smacam ja)
Tuesday, 16 October 2018 | 09:55 |
![]()
Ok mesti terkejut kan brader up blog. Satu kurun sekali ja tau 😆😆 anggap je la sy up blog tiap2 hari. Nak buat camna, busy mengalahkan perdana menteri. Lupa terus dekat blog usang ni 😞 k lah
Harini brader nak write up pasal MENIRU
Mesti ada kan kawan2 kita yang jenis kaki meniru. Tak kira
la zaman SPM, diploma, degree, mesti jumpa punya species ni
Kenapa dengan kaki meniru ni? Apa salah diorang2 ni? Well,
of course la salah. Cuba tuan2puan2 bayangkan mcm mana kita
struggle, berhempas pulas tak tidur malam, kerah keringat menghafal pages of
notes/book, siang malam buat exercise, tu tak termasuk notes yg kita remake
lukis2 n etc..last2 time exam/test/quiz, kawan kita sebelah jawab dengan
yakinnya nonstop bersama notes terselit dibawah. Kita mula dan tamat menjawab
dgn mata lebam xckup tidur, tp dia mula dan tamat dgn senyuman ala-ala suci dan
murni bersama ayat “Alhamdulillah nasib baik aku baca semalam/ Aku boleh jawab”. Wowwwww tak rasa menyirap
ka dengar, dia buat mcm kita tak nampak ‘nota keramat’ dia tu
Lagi hot n spicy bila time dpt markah (post pulak bg semua
org tengok), lecturer u ols sound “yang markah rendah tu tak study ka???????
nak failed ka???? nak jumpa saya sem depan ka???” bersama emoji pedas bak
Samyang. Perhh bahagia rasa time tu dlm hati automatik playing semua perkataan
mencarut yg pernah wujud
Formula dia is simple. Orang yg study rasa “perit study”,
while org yg meniru tak rasa. Orang yang pulun tak tidur terangguk2 menghafal/
buat exercise, while org tak study main game malam2. That’s why bagai langit ke
7 dan kubur bezanya. Kalau otak ko genius tu lain cerita la. Tengah main
game pun otak dok recall apa yang dah hafal. Tapi kita yang tak genius
ni nak buat mcm tu. Time exam meniru then dapat markah mcm si genius 😌
Bab assignment pulak (uhh ni mmg xtahan). Pleaseeeee
be alert bila receive assignment tu, kategorikan assignment tu whether group
assignment atau individual assignment. If individual assignment, lantak ko la
nak buat apa pun. Nak lukis Naruto tgh main zero point dgn Goku pun xda
masalah. Tp yg masalahnya is bila assignment to under GROUP ASSIGNMENT, yang
mana kau punya kerja affect markah orang siot. Kau nak jahanam sorang2 aku tak
kisah tp tolong kesian kepada org lain yang sungguh2 nak belajar. Apalagi
berlatarkan keluarga yang kurang senang dgn harapan tinggi daripada ibu bapa
nak anak dia berjaya. Kalau rasa taknak belajar, rasa dah kaya, tolong la
jangan mohon UPU. “Tak kisah sangat pasal kerja lps ni tapi aku nak knowledge
ja sebenarnya”, if nak knowledge buat la cara nak cari ilmu
Apa yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengalaman, bila
dah bahagi kerja, jaga la kerja masing2. Jaga 2 benda at least
1.Due date. Alert bila nak kena hantar kerja. Jangan 20hb
pkul 12 deadline, 20hb pkul 11 ko baru nak buat. Orang lain tgh tunggu kau nak
compile kerja kau. Dgn nak print lagi..dengan nak binding. Org lain dah siap
kerja minggu lepas, tp nak kena tunggu kau? Last2 assignment arrested and tak
diterima sbb lewat. Serious orang mcm ni dah kena bunuh seribu kali dlm hati
2. Kualiti kerja. Jangan halai balai je brosis sbb ko efek
markah groupmate ko skali. Nak lagi cincai kalau yg jenis dpt sumber drp senior
then dia copy 100% yg senior punya. Last2 lecturer dapat tangkap and awarded
0%. Huhu mmg thorbaik ah. Kalau ada kemahuan mesti ada jalan. Means kalau nak
kerja kita kualiti bagus, mesti kita tanya kwn2 klau kita xfaham. Tapi zaman
skarang semua Google je brosis. Nak dengan taknak ja. Tipu lah kalau cakap aku
taktau langsung, tak reti langsung, tak dak skill pasal benda2 ni. Klau ko tak
tau langsung xda la ko masuk U (or kelas etc papeje)
3. SOP/Guidelines. Tolong ikut guideline assignment yang
betul. Kadang2 format dah terpampang dan benda basic je. Contohnya font jenis
apa saiz apa spacing berapa, apa yang kena ada. Tapi yang simple tu la yang
salah. Hang student tadika lagi ka sampai yang tu pun orang lain nak kena
tolong buat dekat hang. Kadang2 hanya sebab ni markah kena tarik teruk. So
tolong la alert dengan guideline
Ingatlah ye adik2 especially yg baru nak masuk alam U/IPT.
Jangan meniru, sebab kau dan tipu kawan2, diri sendiri, and pensyarah
espeically. Tak berkat nak. Buat kerja jangan cincai, hidup biar kita senangkan
orang, jgn susahkan orang. Kalau nak susahkan orang please jangan mohon UPU,
jangan masuk IPT. Baik ko duk rumah. Jangan sebab perangai kita yg huduh orang
lain pun serabut sekali.
Penulisan brader xda kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Tak ditujukan kepada mana2 individu. Just untuk bacaan umum dan sama2 la kita ambik iktibar. Yang menulis pun banyak cacat cela yang membaca pun hamba yang tak sempurna. Akhir kata adik2 junior ambe, semoga menjadi pelajar yang jujur, amanah dan berguna pada masyarakat. Wasalam. 0 comment(s) |