Royal Black

Muhammad Iqbal Muhammad

26 y/o , 10 April 95

Be a good person but don't waste time to prove it

Bachelor's Degree of Science (Hons.) Biology

❤ A husband to Athirah Izzati Azizi ❤




Blog owner: MIM
Template: Denim and Coding
Best View: Google Chrome

PENGALAMAN TEMUDUGA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41/42 (GURU MARA) 2021
Sunday 21 March 2021 | 07:08 |
Assalamualaikum para tetamu. Bertemu lagi kita beberapa tahun sekali. This time aku nak cerita about temuduga pulak. Sebelum ni pun aku ada temuduga jugak untuk Pegawai Sains C41 under UiTM but nanti la aku buat entry asing kalau rajin. 3 tahun akan datang pulak la kot noh 😆

Pada 16 Jan 2021 di kala matahari menyinar 90 darjah lebih-2 sikit, aku dapat SMS yg mengatakan aku perlu ambil ujian online pada 19 Jan 2021. Disebabkan jawatan ni di bawah MARA, so ujian tu memfokuskan tentang general knowledge(aras tinggi), tentang MARA & pendidikan. Tapi boleh kata banyak general knowledge la. Hang memang akan kalut menggelupoq bewak la sikit time tu.

Kemudian pada 9 Mac 2021 ketika burung-2 sedang pulang ke sangkar, aku dapat pulak SMS yg mengatakan kena hadir interview MAC (MARA Assessment Centre). Bila aku check melalui link yg dia bagi, MAC tersebut akan diadakan di Lenggong, Perak pada 17 Mac 2021. Apalagi tuan-2 puan-2, menggelupoq lagi sekali buat planning & preparation. Disebabkan aku drp Langkawi, agak kalut la jugak kena call sana sini untuk persiapan perjalanan nnt disamping tengah kerja.

Alhamdulillah untuk peluang yang Allah bagi


Berbaki lagi seminggu, aku kena siapkan beberapa perkara. Antaranya kena pi balai polis untuk dapatkan pengesahan rentas negeri dan cop pengesahan semua salinan, book Roro & hotel, buat ABM dan RPH, jawab Ujian Psikometrik, tempah nametag, isi borang-2 yg berjela tu (standard la kan), buat gambaq passport sebab perlu 7 keping untuk MAC ni, study and hafal benda2 yg berkaitan untuk iv nanti and etc. Agak terciduk gak la ambe tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar berkat pertolongan isteri tercintaku, family dan rakan sekerjaku.

Speaking of Ujian Psikometrik, batch aku jawab ujian ni secara online pada tarikh yg telah ditetapkan. Ujian ni just fokus kepada soalan-2 tentang karakter diri kita. Calon perlu jawab dengan jujur sebab ujian ni dicipta untuk detect kalau kita tipu. Misalnya akan ada soalan-soalan sama yg berulang tapi ayat diubah sedikit. Tp tips paling penting from me for this kind of test is, be consistent. Untuk batch-2 sebelum ni Ujian Psikometrik dan Ujian Kecergasan di buat di tempat temuduga. Tapi untuk batch aku Ujian Psikometrik perlu dijawab secara online dan tiada Ujian Kecergasan at all. Maybe sebab situasi Covid-19 yg masih tak pulih so MARA ambik keputusan untuk tak buat Ujian Kecergasan. Maybe la kan, who knows.

Panjang-2 aku berleter, tak cerita apa pun lagi kan pasal jawatan untuk iv aku nanti. Haiz Iqbal Iqbal. Jawatan yg aku dapat untuk iv ni adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/42, subjek Biologi sesuai dgn my degree. Jawatan ni senang kata cikgu MARA la. Calon akan ditempatkan antara MRSM atau Kolej-2 MARA bergantung kepada kekosongan & subjek. At first aku rasa mcm tak mau pi sebab jauh dan bila rentas laut jarak perjalanan tu dia jadi extra ultra supra jauh 😪 Tapi setelah pujukan bini & pertimbangan mendalam, aku decide untuk hadir temuduga tu. Well better to take the chance, right? Kalau kita dok apply jawatan kerajaan tapi asyik nak reject interview, sampai bila-bila pun tak bergerak. Yang penting usaha & berikan yg terbaik. Bab rezeki kita serah sepenuhnya kepada Allah Taala.





Disebabkan dalam borang-2 tu dia sebut iv bermula 7 pagi dan berkemungkinan sampai ke malam, jadi aku decide untuk bertolak ke Lenggong 16 Mac dan balik Langkawi pada 18 Mac. Setelah aku buat perbandingan jadual feri, roro & etc, aku putuskan untuk naik roro atas beberapa sebab. Bini tak tinggal ye tuan-2 dan puan-2. Since beliau dah bergelar Mama ni, kalau boleh 24 jam nak ada dekat tepi. Apa-2 jadi senang Mr Papa can do anything on the spot.


Dalam roro. Lucky us tak ramai org sebab at this time rentas negeri masih tak dibernarkan. So yg rentas ni yg ada alasan kukuh ja la


Credit to biniku as photographer. Jarang aku nak posing mcm ni


Kami sampai jeti kuala perlis dalam pukul 12.15pm and sampai hotel dekat Kuala Kangsar pukul 7.10pm mcm tu. Ambik masa sikit sebab singgah makan dekat Amanjaya SP, beli brg2 dkt Hasani bookstore, singgah beli makan bungkus and ambik name tag. Aku menginap dekat PZ Hotel. Memang puas hati sangat. Aku boleh kata hotel paling bersih la yg aku pernah jejak. Takda habuk langsung. Keluasan pulak okay la, selesa la untuk 2 org. Ni bukan iklan berbayar ye aku tak cukup femes pun untuk terima paid review 😂 Overall, aku boleh suggest la kepada tuan-2 dan puan-2 yg akan interview lagi dekat KKTM Lenggong nanti. Sebab tiap-2 tahun MARA buat MAC, banyak kali jugak la aku tengok MARA buat dekat KKTM Lenggong. Btw PZ Hotel ni 30-40 minit jugak la nak ke KKTM Lenggong so make sure bertolak awal.

Dah la bersih siap ada si bangau ni skali. Gempak tak gempak


Keesokannya, aku bangun seawal 3 pagi. Hafal-2 sikit lagi apa patut and bersiap-2. Aku bertolak and sampai KKTM Lenggong pukul 6.30 pagi. Gate bukak pukul 7 pagi so kereta kena lepak la dulu dekat luar pagar. Surau ada ja dekat sangat dengan main gate tu, parking ja tepi tu takdak siapa marah (sbb pak gad yg suruh).

Dah bukak gate, masuk ikut laluan yg ditunjuk oleh security-2 situ and parking ditempat yg disediakan. Aku boleh puji la pengurusan pihak MARA dan KKTM Lenggong sebab takda masalah parking langsung. Tempat parking banyak dan ada padang lapang jugak untuk parking. Sesetengah tempat iv, parking la masalah utama. At KKTM Lenggong ni even dah pukul 12pm pun aku tengok padang tempat parking tu still ada byk kosong. Syabas MARA & KKTM Lenggong 👍

Sejurus sampai, calon kena terus masuk dewan. Eh? Mcm lupa something pulak kan. Of course la scan MySejahtera & check suhu dulu 😂 tidak melayang la fulus. Then ambik no giliran kemudian beratur untuk tanda kehadiran, baru masuk dewan. Dalam dewan, pihak pengurusan MAC akan bagi taklimat dulu dan pecahkan calon kepada kumpulan yg mana setiap kumpulan tu akan ada 5 orang. Penetapan calon ke dlm satu-2 kumpulan tu berdasarkan nombor giliran kita. Aku dapat No 138, so dlm kumpulan aku ada calon No 136 sampai No 140. Untuk menjimatkan masa, pihak pengurusan akan bahagi kumpulan mana yg pi microteaching dulu dan kumpulan mana yg pi interview dulu. Pada sesi taklimat tu jugak, pihak pengurusan revealed sedikit info untuk pengambilan batch kalini.

Permohonan diterima                       : 80,000 orang
Dipanggil Ujian Bertulis                  : 16,000 orang
Ambil Ujian                                      : 14,400 orang
Dipanggil Menghadiri MAC            : 1,550 orang
Kekosongan dari Pelbagai Subjek    : 175 orang
Kekosongan untuk subjek Biologi   : 5 orang

Terkejut kan dengan angka-2 tu 😵 Well aku pun terkejut wey. Tp like I said, kalau kita tak cuba, sampai bila-2 pun kita tak bergerak. Yes kekosongan amat lah terhad, but that doesn't mean we don't have to give our best.

 Lepas taklimat, bermulalah assessment yg ditunggu-2.


Contoh kad nombor giliran calon.
Gambar sekadar hiasan, dari google.
Kredit http://hafizihamsan.com/2019/03/18/keputusan-mara-assessment-centre-mac-2019-matematik-dg41/


Pada tarikh interview ni, ada 2 ujian yg calon perlu duduki.

1.    Interview

Interview ni akan dijalankan dengan kumpulan kita tadi. 5 org akan masuk serentak. Panel akan tanya soalan dan calon perlu jawab mengikut giliran sama ada dari paling kanan ke paling kiri atau sebaliknya atau random, semua bergantung kpd panel (group aku tiga-2 kena). Soalan-2 yg diajukan kpd setiap calon tak semestinya sama sebab bergantung kepada panel. Tp soalan-2 yg diajukan kpd kumpulan kami adalah
  • Introduce yourself
  • Please tell us what do you know about MARA without mentioning the history, vision, mission & so on.
  • How do you show your consistency to MARA in teaching.
  • Do you accept to be placed anywhere in Malaysia or not?
And ada la lagi soalan sikit-2 yg lebih kpd santai-2. Overall sesi ni berlangsung dlm 45 minit. Aku dipanggil untuk interview dulu baru microteaching.

2.    Microteaching/Mock Teaching

Dalam kata lain, mengajar olok-2 selama 10 minit, topik bebas. Penyampaian adalah amat digalakkan in full english untuk subjek-subjek sains. Dalam kelas tu akan ada beberapa orang panel (in my case, 2 org) untuk menilai kemahiran kita mengajar. Tips-2 yg aku boleh simpulkan (drp pengalaman-2 org lain dari Encik Google) ialah; 
  • Sediakan RPH yg lengkap. RPH tersebut mestilah cover keseluruhan kelas dan bukannya hanya 10 minit tersebut. Boleh search google contoh-2 RPH. Letak jugak nilai murni yg boleh diperolehi drp topik tersebut. Disebabkan subjek aku among Science subject, so aku sediakan RPH dlm BM and BI (kepil skali). Senang.
  • Buat ABM yg simple tapi kreatif dan menarik. Tips ni sgt berguna sebab aku dpt positive feedback from the panels. Disebabkan aku pilih topik Circulatory System of Human, aku buat diagram jantung besar-2 dan lukis cantik-2. 
  • Tanya jika ada soalan kpd "murid-2", bagi eye contact kpd semua murid-2 tu, try to be fluent and speak louder.
Masuk-2 kelas Microteaching & at the time aku serah RPH and lekatkan jantung tu, Alhamdulillah panel puji dan siap tanya "you really don't have education background?" and soalan yg sama lagi sekali dia tnya lepas aku dah habis mengajar and at the end of sesi soalan. Alhamdulillah. Apa-2 pun hanya dengan pujian sedikit ni tak semestinya membuatkan kita terus lulus kan. Masih banyak elemen-2 lain yg panel perlu nilai. And like I said, rezeki di tangan Allah.

Tadaaa, cantik kan? Shadow effect tu first time buat ouh, Alhamdulillah jadi


Bagi calon lepasan IPG atau course pendidikan, depa memang dah faham apa itu ABM, RPH, DPL dan lain-2. Tapi bagi calon yg bukan dari education course mcm aku ni, perlu dig lebih la sikit tentang semua ni.

Setelah dah selesai semuanya, aku pun balik hotel. Keesokannya sesudah subuh kami bertolak balik. Sampai Perlis awai sikit dalam pukul 10.30 pagi mcm tu. Apa lagi lajak pi Cmart dulu. Rindu wey 😢 Dulu time degree dkt Arau, Cmart ja la supermarket yg ada. Giant jauh sikit so jarang pi. Kalau nak bg nickname dkt bangunan-2 dlm Arau ni, Cmart ni dah mcm bapak aku dah 😂 then after jalan-2 tu, kami keluaq and singgah Yasmeen mentar. Pada wajah bini aku boleh nampak Nur yg amat memancar. Mana taknya mengidam nasi kandaq Yasmeen dari baby dlm bentuk Embryo lagi. Nasi kandaq lain tak sama dengan nasi kandaq Yasmeen katanya.



Camni la dia punya "Nur" tu erm susah untuk aku terangkan


Kami naik Roro pukul 2 ptg dan sampai Langkawi dlm pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah Allah memudahkan perjalanan kami.

Akhir kalam. Semoga Allah tentukan yang terbaik buatku. Dlm aku cerita ni memang ada part-2 panel puji sikit-2 tp kita still tak boleh nak predict apa-2. Kelebihan kita memang la depa sebut tp kelemahan kita maybe ada jugak cuma depa tak disebut. So apa-2 pun tawakal dan berserah kpd Allah. Janji kita dah usaha dan buat yg terbaik.

Okay guys jumpa lagi di episod yg akan datang kalau ada umur yg panjang & kalau aku rajin 😁 Any question you can just email me at iqbalmohammad64@yahoo.com , okay? . Assalamualaikum & see you 😼


6 comment(s)
MASALAH DI ALAM UNIVERSITI (student skolah/matrik/poli pun smacam ja)
Tuesday 16 October 2018 | 09:55 |
Ok mesti terkejut kan brader up blog. Satu kurun sekali ja tau 😆😆 anggap je la sy up blog tiap2 hari. Nak buat camna, busy mengalahkan perdana menteri. Lupa terus dekat blog usang ni 😞 k lah

Harini brader nak write up pasal MENIRU

Mesti ada kan kawan2 kita yang jenis kaki meniru. Tak kira la zaman SPM, diploma, degree, mesti jumpa punya species ni

Kenapa dengan kaki meniru ni? Apa salah diorang2 ni? Well, of course la salah. Cuba tuan2puan2 bayangkan mcm mana kita struggle, berhempas pulas tak tidur malam, kerah keringat menghafal pages of notes/book, siang malam buat exercise, tu tak termasuk notes yg kita remake lukis2 n etc..last2 time exam/test/quiz, kawan kita sebelah jawab dengan yakinnya nonstop bersama notes terselit dibawah. Kita mula dan tamat menjawab dgn mata lebam xckup tidur, tp dia mula dan tamat dgn senyuman ala-ala suci dan murni bersama ayat “Alhamdulillah nasib baik aku baca semalam/ Aku boleh jawab”. Wowwwww tak rasa menyirap ka dengar, dia buat mcm kita tak nampak ‘nota keramat’ dia tu

Lagi hot n spicy bila time dpt markah (post pulak bg semua org tengok), lecturer u ols sound “yang markah rendah tu tak study ka??????? nak failed ka???? nak jumpa saya sem depan ka???” bersama emoji pedas bak Samyang. Perhh bahagia rasa time tu dlm hati automatik playing semua perkataan mencarut yg pernah wujud

Formula dia is simple. Orang yg study rasa “perit study”, while org yg meniru tak rasa. Orang yang pulun tak tidur terangguk2 menghafal/ buat exercise, while org tak study main game malam2. That’s why bagai langit ke 7 dan kubur bezanya. Kalau otak ko genius tu lain cerita la. Tengah main game pun otak dok recall apa yang dah hafal. Tapi kita yang tak genius ni nak buat mcm tu. Time exam meniru then dapat markah mcm si genius 😌

Bab assignment pulak (uhh ni mmg xtahan). Pleaseeeee be alert bila receive assignment tu, kategorikan assignment tu whether group assignment atau individual assignment. If individual assignment, lantak ko la nak buat apa pun. Nak lukis Naruto tgh main zero point dgn Goku pun xda masalah. Tp yg masalahnya is bila assignment to under GROUP ASSIGNMENT, yang mana kau punya kerja affect markah orang siot. Kau nak jahanam sorang2 aku tak kisah tp tolong kesian kepada org lain yang sungguh2 nak belajar. Apalagi berlatarkan keluarga yang kurang senang dgn harapan tinggi daripada ibu bapa nak anak dia berjaya. Kalau rasa taknak belajar, rasa dah kaya, tolong la jangan mohon UPU. “Tak kisah sangat pasal kerja lps ni tapi aku nak knowledge ja sebenarnya”, if nak knowledge buat la cara nak cari ilmu

Apa yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengalaman, bila dah bahagi kerja, jaga la kerja masing2. Jaga 2 benda at least

1.Due date. Alert bila nak kena hantar kerja. Jangan 20hb pkul 12 deadline, 20hb pkul 11 ko baru nak buat. Orang lain tgh tunggu kau nak compile kerja kau. Dgn nak print lagi..dengan nak binding. Org lain dah siap kerja minggu lepas, tp nak kena tunggu kau? Last2 assignment arrested and tak diterima sbb lewat. Serious orang mcm ni dah kena bunuh seribu kali dlm hati

2. Kualiti kerja. Jangan halai balai je brosis sbb ko efek markah groupmate ko skali. Nak lagi cincai kalau yg jenis dpt sumber drp senior then dia copy 100% yg senior punya. Last2 lecturer dapat tangkap and awarded 0%. Huhu mmg thorbaik ah. Kalau ada kemahuan mesti ada jalan. Means kalau nak kerja kita kualiti bagus, mesti kita tanya kwn2 klau kita xfaham. Tapi zaman skarang semua Google je brosis. Nak dengan taknak ja. Tipu lah kalau cakap aku taktau langsung, tak reti langsung, tak dak skill pasal benda2 ni. Klau ko tak tau langsung xda la ko masuk U (or kelas etc papeje)

3. SOP/Guidelines. Tolong ikut guideline assignment yang betul. Kadang2 format dah terpampang dan benda basic je. Contohnya font jenis apa saiz apa spacing berapa, apa yang kena ada. Tapi yang simple tu la yang salah. Hang student tadika lagi ka sampai yang tu pun orang lain nak kena tolong buat dekat hang. Kadang2 hanya sebab ni markah kena tarik teruk. So tolong la alert dengan guideline


Ingatlah ye adik2 especially yg baru nak masuk alam U/IPT. Jangan meniru, sebab kau dan tipu kawan2, diri sendiri, and pensyarah espeically. Tak berkat nak. Buat kerja jangan cincai, hidup biar kita senangkan orang, jgn susahkan orang. Kalau nak susahkan orang please jangan mohon UPU, jangan masuk IPT. Baik ko duk rumah. Jangan sebab perangai kita yg huduh orang lain pun serabut sekali.

Penulisan brader xda kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Tak ditujukan kepada mana2 individu. Just untuk bacaan umum dan sama2 la kita ambik iktibar. Yang menulis pun banyak cacat cela yang membaca pun hamba yang tak sempurna. Akhir kata adik2 junior ambe, semoga menjadi pelajar yang jujur, amanah dan berguna pada masyarakat. Wasalam.

0 comment(s)
Cancer foods
Sunday 20 December 2015 | 06:50 |


Assalamualaikum and good morning afternoon evening :3  Erm berhabuk sudah medan pertemuan ni. Maaf ye lama sangat tinggal tak update. Tp tau org tak expect aku post pun, aku ja yg melebih hahaha T.T   Urm tajuk untuk update kali ni is

CANCER FEEDING FOODS VS ANTI-CANCER FOODS

Erm jangan gerun lagi baca tajuk tu. U olls masih tak terlambat insyaAllah.


Sebenarnya dah lama nak update pasal ni, sbb 2 sem lepas lecturer kimia aku bercerita pasal ni. Tapi time nak update je rasa sakit sendi sakit urat lenguh la. Macam2 haa. Haiz. Sebut la alasan apa pun moyang dia tetap M.A.L.A.S. . Tp malas yg ni boleh tahan kira lg, malas yg lain2 xnak la na'uzubillah.

  Back to the topic, aku hanya just nak ingatkan hampa ja pasal makanan2 cancer feeding ni. Terutamanya student kan, asyik2 maggi, asyik2 KFC, fries, burger. Haizz teruk dengan aku2 skali teruk. Dulu semenjak sem 1 mmg aku rapat la juga dgn fast food apa ni. Maggi tak boleh dipisahkan la. Lumrah duduk asrama kan. Tp semenjak move ke rumah sewa and ditarbiah oleh lect kimia kami Sir Haji Fadzilah tentang makanan2 gini, aku dah takut la juga nak makan benda2 gitu. Kalau makan pun sebulan skali dua gitu. 

  Seriously makanan2 fast food mmg betul2 bahaya. Baru2 makan mmg hampa tak perasaan apa2, tak rasa nak ada penyakit apa2. Tapi jangka masa lama nnt baru kesan dia dh mula kita nampak. And masa tu kita akan kata "Alah bukan sebab fast food pun. Org lain makan rilek je. Alah nnt sembuh la ni..alah alah..". Sayang sgt dekat fast food tu.

Here aku tunjukkan dekat hampa experiment yg dah byk org/scientis/student buat tentang fast food ni.


Nampak tak mcm mana syarikat franchise tipu kita. Halal weh. Siap ada meal set yg ala2 rendah kalori and healthy diet lagi. Tapi gini la kebenarannya. Kita beli sendiri kentang, potong sendiri, goreng sendiri, xkan sama dengan yg fast food company buat. Ingat, company pasti nak untung. Bila nak untung, ciri2 jualan depa tu kena tahan lama. Here artificial chemical preservatives main peranan. Beberapa jenis bahan kimia yg sebenarnya bahaya kepada kita untuk long term effect dicampur kedalam makanan2 tu. That's why biar berbulan even bertahun terdedah gitu je, xburuk. See. Kulat yg tak berakal pun tak nak makan, kenapa kita yg berakal ni gi makan? Siap tak boleh tinggal pulak tu. 

  Setiap yg secara sepintas lalu kita nampak yg tu lagi bersih, lg berkualiti, please think twice, mesti ada something disebalik tu. Contoh lain bahan kimia yg bahaya untuk kita is citric acid and sodium acid pyrophosphate (penting untuk bg makanan tu tahan lama n warna dia cantik), yg bila diambil secara berlebihan akan bg kesan buruk kepada heart, liver and kidney kita. "Aiseh bukan ambik berlebihan pun rilek la alaa". Ingat guys, kadar metabolisma badan setiap org tak sama. Secepat mana badan kita nak hadam, or mungkin tak terhadam, tak diserap sel badan, setiap org tak sama. Kita hanya boleh follow "the average" theory, tp kita tak tau kita ni dlm that average or not. Do you really sure your body can survive all those harmful chemical preservatives? Org zaman dulu nampak kuat ja sihat ja, sbb takda makanan2 merapu gini. N byk bekerja bergerak keluar peluh. Start dkt generasi kita yg mcm2 jenis makanan kita jumpa plus teknologi pulak buat hidup kita makin simple n simple skali dgn nyawa pun simple. So fikir la, "future kita" ni kita nak compare dgn future generasi mana ja? Sure ka generasi kita ni akan sihat2 mcm generasi tok tokwan kita dulu?

  Our diet is just depends on us actually. Sekarang mungkin kita tak nampak lagi kesannya. Dah umur 30 40 kalau terkena, nak patah balik mcm mana? Masa muda ni lah kita still ada peluang untuk beringat pun. Jangan menyesal dikemudian hari. Jgn expect kita akan sihat dgn cara pemakanan kita mcm ni. Bukan tak boleh langsung makan benda2 gitu, tp limitkan. Sebulan sekali ka. And paling penting, banyakkan makan sayur!!! Makan dekat luar jgn tinggal sayur tu =..= dah la dlm makanan tu dah ada ajinamoto n segala mak nenek monosodium glutamate(MSG je sbenarnye :P ) , dahtu gi tinggal sayur lak. Huduh pangai haha. Yg buat terasa la.

So smpai sini je dulu celoteh ambe. Nak buat report biology and chemistry lak tak siap2 lg. Ingat deh, aku sayang nyawa hampa thats why aku peringat hmpa. Jgn tertipu dgn cantiknya or "berkualiti"nya makanan tu. Fikir balik. Value your life, manage your diet well. Good luck!

0 comment(s)
S.M.K Mahsuri , Langkawi
Wednesday 24 April 2013 | 11:18 |

Assalamualaikum

nampak x tajuk tu? nampak ? nampak ?  XD
SMK MAHSURI , sekolah menengah yg sangat banyak kenangan manis pahitnya.
dari form 1 sampai ke form 5 , ada saja ceritanya . ada saja . ada saja . ada saja . amboihh x3

time form 1, aku ingat lagi . kepala aku di-no.2-kan sajaa  XD  no complain . lgpun kisah apa aku. tak heran -,- time tu hanya fikirkan KEMAS adalah mencukupi bagiku

naik form 2 , aku dah mula giat dlm kokurikulum . dannnn disinilah bermulanya simpan2 rambut nihh  XD
tp dlm tahun ni jugak aku dilantik jd pengawas  -,- sbenarnya cikgu yg pilih. aku pun xtau apa2 n xpernah teringin,terfikir pun sbenarnya. nnt bab pengawas aku buat chapter lain lah . sbb byk juga ceritanya  -,-

naik form 3 , well naik pangkat juga. dah start jd khalifah yaasin. well naik sesi pagi, bangun tidur awal tu adalah cabaran bagiku pada mulanya  ><  tp bbrapa minggu lps tu chill balik lahh :3

form 4-form 5. nothing much. pilih aliran sains tulen sbb menghormati impian mak aku untuk melihat aku bergelar seorang doktor. bagi aku mungkin agak mencabar pilih aliran ni tp Alhamdulillah boleh laa bawak based on result spm yg cukup2 makan tuu  =,="
nak dikatakan time form 5 tu mmg aku tinggal byk kelas, sbb terlalu mengejar markah koku, mmg semua aku rebut  XD  sbb Uni kan ambik markah koku yg form 5 jaa. aku pun pulun arhh. aku rasa klau markah koku xwujud , aku dah boleh jd profesor dah la ni  XD  siapa bangkang aku tembak  =,="  hehe. lawak ja :3  profesor apanya klau subjek2 sains pun xpernah dpt A  T_T  hmm

kepahitannya, urmm. biasalah. as prefect, mmg banyak dugaannya. as student, kena rotan/cubit ni adalah ujian ketahanan badan yg berkesan bagi ku XD  haha. sbelenarnya mula suka xsiap keja skolah ni time form 5 pertengahan tahun tu, terlalu melibatkan diri dlm koku, dpt hw buat kelam ja. cikgu kami show no mercy la bebehh  XD buat muka comey pun xberkesan dah  >.< lgpun aku ja yg terlalu manja, org lain boleh pun buat. aku ja saja nak save ink pen  -.-

overall, SMKM mmg awwwwwwwesome!!  klau boleh nak ja skolah balik dkt situ. klau dkt smkm ada form 6 aliran sains tulen, sirius nak sambung  T.T nak sangat2. tp apakan daya, sedihh dih dih  X'D

byk lg nk cerita pasal smkm. aku tak kira, nak buat lg 2nd artikel untuk topik ni x3
for now cukup lah dulu ye. mengantuk dah ni  :3
tata. Assalamualaikum. MIMIYAWWW  <3


                                                                                                                                  

0 comment(s)
Newbie
Friday 12 April 2013 | 22:58 |
       Assalamualaikum . grrr . susah jugak nak edit blog ni sebenarnya . btw hye . I'm newbie  XD  mengada je . sila tunjuk ajar , kalau ada yg salah tolong betulkan. actually saya buat blog ni untuk beberapa sebab. yg pertama, nnt saya mula sekolah dkt luar, saya target nak deactivate facebook dan twitter(tidak lupa juga nak suruh bebybear ku skali) hoho . bila dah deactivate semua tu baru boleh fokus kan. blog ni lah penggantinya. well, blog ni bukan 24jam mengadap mcm mesbuk  XD  kalau ada story highlight yg penting, event ka apa ka, baru update. nak contact kawan2 tu phone ada. jgn hampa nak bebai pulak. haha  :3  yg lain tu, balik cuti sem ka apa insyaAllah lah aktifkan balik fb twitter. then nak tegur apa semua xpa lah. lagipun mesti byk punya soalan n pertanyaan hampa lepas sem 1 kan :3 hehe . k skip  XD
yg kedua, sebab nak share lah pengalaman disana. apa? disana? haha XD  tempat pengajian lah :3  sama ada Uni atau Matrikulasi. mesti ramai yg nak tau dkt sana ok ka x, susah sgt ke, ni la nu la. mesti banyak punya soalan XD

so. setakat ini sahaja karangan saya :P
sehingga bertemu lagi dilain waktu di arena per-blog-kan ni -,-" Assalamualaikum  :3

0 comment(s)
THIS BLOG WAS DESIGNED BY MUHAMMAD IQBAL MUHAMMAD AND MR GOOGLE
Ya Allah
Jadikan aku seorang hamba yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Among Us - Crewmates